Saturday, March 21, 2009

PROGRAM SUPERKID EXCEL 2009 (18,19 & 20/3): I


Pendaftaran pada 18/3/09. Anak saya: Harith Hilman & Anak saudara: Najmi


Permandangan di sekitar Excel Training resort


Permandangan di sekitar Excel Training Resort

Program ini dianjurkan oleh Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd., syarikat di bawah Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Program ini diadakan di Excel Training Resort, sebuah kawasan pendalaman yang nyaman di Ulu Beranang, Lenggong yang dikelilingi bukit dan juga kebun-kebun tanaman.

Selepas sessi pendaftaran pada 18/3, sessi untuk renungan ibubapa diadakan dari jam 1030 pagi hingga hampir 1 tgh bersama Dr Fadzilah Kamsah sendiri. Beliau memberi gambaran awal kepada ibubapa mengenai apa yang akan dipelajari oleh anak-anak sepanjang 3 hari di sini. Kesimpulan yang boleh saya ambil, sebelum anak-anak berubah kearah lebih baik, ibubapa terlebih dahulu mesti berubah.

Topik utama yang dibincangkan oleh Dr Fadzilah:
i)Peransang minda
-Rutin Fitrah
ii)Hukum tarikan
iii)13 ayat power
iv)Jika anak bermasalah
v)Amalan ibubapa yang cemerlang

Di antara petikan yang saya minati:
i) Cabaran 48 jam. Jika diamal dalam masa 48 jam apa yang dipelajari mungkin susah untuk mengamalkannya.
ii)Beratus fikiran negatif dapat dipadam dengan satu fikiran positif
iii)Jika kita berubah dalaman & luaran, Tuhan akan ubah semua makhluk di sekitar kita.
iv) HATI adalah MAGNET unruk menarik perkara-perkara positif spt KESIHATAN, REZEKI, KASIH SAYANG, HIDAYAH dll dan juga perkara-perkara negatif seperti BENCI, BENCANA, SAKIT, DAAYAH dll (sebhgn dari HUKUM TARIKAN).
v) Lain 2 spt: kita akan tarik kpd diri kita, semua perkara yang kita beri tumpuan, jika kita yakin kita 'sederhana', amatlah sukar untuk kita menjadi insan cemerlang. vi) Doa itu bukan saya apa yang kita pohon, tetapi termasuk juga apa yang kita cakap, fikir, yakin, dan niat
vii)1 pakar bedah silap, 1 pesakit mati, 1 ibu atau bapa silap, 7 keturunan sengsara.

Lain-lain isu menarik yang disentuh: '2nd child syndrome', petua menarik hidayah, waktu mustajab mengajar anak

Petua manarik hidayah (tiada dalam nota)
i)Solat jemaah
ii)Makan bersama
iii)Baca Al-Quran dan kitab setiap hari
iv)Terima tetamu
v)Sebarkan salam
vi)Sentiasa bermaaf-maafan
vii)Suami isteri yang sentiasa berkasih sayang
viii)Sedekah dan zakat
ix)Solat taubat & istighfar
x)Bersihkan rumah dari khurafat
xi)Hidupkan sunnah
xii)Mengajak kepada kebaikan
xiv)Zikir yang berterusan
xv)Mermunajat
xvi)Bermesyuarat
xvii)Bersungguh-sungguh berbuat kebaikan
xviii)Doa berterusan

Waktu mustajab mengajar/manasihati anak:
i)Sebelum tidur
ii)Semasa anak sedang tidur
iii)Anak bangun tidur
iv)Selepas mandi
v)Selepas solat
vi)Selepas mengaji Al-Quran

Tip yang baik: ajar anak bersama kawan-kawannya & sebutkan nabi/tuhan yang cakap.

No comments: