Saturday, March 21, 2009

PROGRAM SUPERKID EXCEL 2009 (18,19 & 20/3): II


Gambar di dalam bilik penginapan (maaf kurang jelas - guna telefon bimbit anak saya Harith)


Di luar bilik semasa hari terakhir

Aturcara kursus utama:
18/3
Sesi 1: Analisis diri ke arah menjadi pelajar cemerlang
Aktiviti riadah & kecergasan
Sesi 2: Transformasi diri menjadi pelajar cemerlang
Diari kejayaan & adab tidur

19/3
Aktiviti riadah/kalistenik & kecergasan
Sesi 3: Sistem pembelajaran cemerlang
Sesi 4: Teknik membaca & petua membuat nota
Sesi 5: Kembara minda
Sesi 6: Personaliti pelajar muslim

20/3
Aktiviti riadah
Sesi 7 Petua mengulangkaji & teknik merangsang memori
Sesi 8: Strategi & teknik menghadapi peperiksaan
Sesi 9: Rangka tindakan merealisasi matlamat pelajar kecermelangan
Majlis penyerahan anak-anak kepada ibubapa & bersurai

PROGRAM SUPERKID EXCEL 2009 (18,19 & 20/3): I


Pendaftaran pada 18/3/09. Anak saya: Harith Hilman & Anak saudara: Najmi


Permandangan di sekitar Excel Training resort


Permandangan di sekitar Excel Training Resort

Program ini dianjurkan oleh Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd., syarikat di bawah Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Program ini diadakan di Excel Training Resort, sebuah kawasan pendalaman yang nyaman di Ulu Beranang, Lenggong yang dikelilingi bukit dan juga kebun-kebun tanaman.

Selepas sessi pendaftaran pada 18/3, sessi untuk renungan ibubapa diadakan dari jam 1030 pagi hingga hampir 1 tgh bersama Dr Fadzilah Kamsah sendiri. Beliau memberi gambaran awal kepada ibubapa mengenai apa yang akan dipelajari oleh anak-anak sepanjang 3 hari di sini. Kesimpulan yang boleh saya ambil, sebelum anak-anak berubah kearah lebih baik, ibubapa terlebih dahulu mesti berubah.

Topik utama yang dibincangkan oleh Dr Fadzilah:
i)Peransang minda
-Rutin Fitrah
ii)Hukum tarikan
iii)13 ayat power
iv)Jika anak bermasalah
v)Amalan ibubapa yang cemerlang

Di antara petikan yang saya minati:
i) Cabaran 48 jam. Jika diamal dalam masa 48 jam apa yang dipelajari mungkin susah untuk mengamalkannya.
ii)Beratus fikiran negatif dapat dipadam dengan satu fikiran positif
iii)Jika kita berubah dalaman & luaran, Tuhan akan ubah semua makhluk di sekitar kita.
iv) HATI adalah MAGNET unruk menarik perkara-perkara positif spt KESIHATAN, REZEKI, KASIH SAYANG, HIDAYAH dll dan juga perkara-perkara negatif seperti BENCI, BENCANA, SAKIT, DAAYAH dll (sebhgn dari HUKUM TARIKAN).
v) Lain 2 spt: kita akan tarik kpd diri kita, semua perkara yang kita beri tumpuan, jika kita yakin kita 'sederhana', amatlah sukar untuk kita menjadi insan cemerlang. vi) Doa itu bukan saya apa yang kita pohon, tetapi termasuk juga apa yang kita cakap, fikir, yakin, dan niat
vii)1 pakar bedah silap, 1 pesakit mati, 1 ibu atau bapa silap, 7 keturunan sengsara.

Lain-lain isu menarik yang disentuh: '2nd child syndrome', petua menarik hidayah, waktu mustajab mengajar anak

Petua manarik hidayah (tiada dalam nota)
i)Solat jemaah
ii)Makan bersama
iii)Baca Al-Quran dan kitab setiap hari
iv)Terima tetamu
v)Sebarkan salam
vi)Sentiasa bermaaf-maafan
vii)Suami isteri yang sentiasa berkasih sayang
viii)Sedekah dan zakat
ix)Solat taubat & istighfar
x)Bersihkan rumah dari khurafat
xi)Hidupkan sunnah
xii)Mengajak kepada kebaikan
xiv)Zikir yang berterusan
xv)Mermunajat
xvi)Bermesyuarat
xvii)Bersungguh-sungguh berbuat kebaikan
xviii)Doa berterusan

Waktu mustajab mengajar/manasihati anak:
i)Sebelum tidur
ii)Semasa anak sedang tidur
iii)Anak bangun tidur
iv)Selepas mandi
v)Selepas solat
vi)Selepas mengaji Al-Quran

Tip yang baik: ajar anak bersama kawan-kawannya & sebutkan nabi/tuhan yang cakap.

TELE-SEMINAR (INNER CIRCLE) II

Date:15/3/09 from 8pm to 9pm
It was the fourth tele-seminar for inner circle member (Azizi Ali). I did not attend completely due to I was in a big hurry. I missed the second and third ones (it was recorded and available on web for members).

Some of the points that I managed to learn on how to stay rich forever (applicable for those who are already rich??):
i) Do not loose your head / do not loose perspective
ii) Diversify your business
iii) Buy asset for your company including building, shoplot, etc
iv) Open another company to buy assets ex building and to rent to the first or earlier company.
v) Buy 'boring' instruments ex. bond, fixed deposit like reserve fund.
vi) Transfer asset to trust
vii) Must continue to educate yourself on financial

Staying rich is actually a team effort including accountant, buyer, banker, coach, consultant, etc.

Good advice: do not become a guarantor, if you were asked by closed fried, to tell him that you have guaranteed enough friends already (cannot guarantee more than 2 ? )

Wednesday, March 4, 2009

SEMINAR RAHSIA CLICKBANK




Bersama Zamri Nanyan


Zamri dan Gobala



Gobala sedang mengautograf buku




Saya salah seorang peserta seminar RCB pada 28/Feb/09 di Armada Hotel, PJ. Lain2 peserta spt Razman, Johan, Husin, Halim, Lock (ramai juga peserta wanita) etc dari seluruh pelusuk tanahair (penuh dewan). Cabutan bertuah (challenge) juga diadakan.
Saya sebenarnya sangat baru dalam internet bz. CB pun baru kenal tahun ni, tapi saya berminat terus beli RCB & masuk seminar. Seminar ini sgt baik termasuk untuk org baru spt saya yang memerlukan lebih byk pendedahan mengenai CB and internet bz. Topik2 yang diajar mungkin dah didengari atau dibacai tapi saya rasa seronok dengar sendiri dari pengalaman sifu2 Gobala Krishnan & Zamri Nanyan. Balik seminar terus rasa nak demam kerana banyak sangat maklumat internet bz yang diperolehi (termasuk dari peserta2 lain). Di antara topik yang diketengahkan spt:
i)The power of keywords
ii) Setting up your website - saya berminat dengan PAID SURVEYS. Malam tadi dah cuba cari domain kat GoDaddy, tapi agak susah juga kerana kebanyakan domain 3 perkataan dah dibeli orang lain. Kena beli domain 4 perkataan nampaknya.
iii)Learning basic HTML - saya sangat suka cara Gobala 'explain' konsep HTML dengan menggunakan notepad. Benda ni susah bagi saya tapi kali ni dapat paham konsepnya.
iv) Affiliate Marketing. Sdr Amar Zahar juga dijemput untuk menceritakan pengalaman beliau
v) Getting direct traffic - bab ni benda baru bagi saya. Jadi kat sini saya cuba nak praktik melalui forum WangCyber (termasuk 'signature').
vi) PPC Advertising, SEO - maaf ya saya tak cerita byk. Ianya merupakan ilmu pengetahuan yang baru buat saya.
vii) Hands-on-tutorials - checklist diberi untuk memulakan CB affliate. Untuk peserta seminar ada banyak kelebihan tambahan (sila rujuk iklan seminar). Sebenarnya bab ni yang saya suka.
viii) Outsourcing on the web - bab ni saya tak cerita lah ya.

Sebenarnya banyak benda dan tip2 yang dipelajari yang boleh digunakan untuk perniagaan internet dalam seminar RCB.

Sekian terima kasih (maaf ya panjang pula)

Updated on 21/3/09:
Saya telah berjaya mendaftarkan web affiliate saya yang pertama pada 16/3/09--> www.highpaidsurveyreview.com