Friday, December 5, 2008

BENGKEL PENULISAN

Ini adalah bengkel yang saya sangat minat dan tertunggu-tunggu. Tapi saya tak dapat hadir kerana saya ada peperiksaan final (Corporate Finance: MBA) pada 17-Jan-09)

Email berikut saya terima dari Sdr Fauzul Naim pada 9-Nov-08)
Assalamualaikum & selamat sejahtera,

ABDUL HALIM ISMAIL,

Apa khabar? Sudah lama kita tidak berinteraksi melalui
e-mel ya. Kesibukan semenjak dua menjak ini menyulitkan
saya untuk menuliskan email kepada Tuan. Saya baru sahaja
habis mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan
Fiksyen di Dewan Bahasa & Pustaka. Mereka sudah meminta
saya untuk mengendalikan satu lagi bengkel pada bulan
hadapan. Minggu hadapan saya di Jakarta membuat lawatan
bisnes ke sana dan balik sahaja ke Malaysia terus ke
Langkawi bagi mengendalikan bengkel penulisan di sana.

Namun begitu pada hari ini saya mencuri juga masa walau
sedikit untuk memberitahu sesuatu yang amat penting. Ia
bagi memastikan pihak ABDUL HALIM ISMAIL tidak terlepas mendapatkan
faedah daripadanya.

Pihak Akademi Penulis (B Pro Management & Training) sudah
membuka pendaftaran bagi Seminar Jana Wang Dengan Menulis
(17 hb Januari 2009) dan Bengkel Praktikal Penulis
Bestseller (20 & 21 Februari 2008). Perinciannya adalah
seperti berikut :

a) Seminar Jana Wang Dengan Menulis
Tarikh : 17 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Hotel Vistana, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur
Yuran : RM 590 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sembilan Puluh
Sahaja)

b) Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
Tarikh : 20 dan 21 Februari 2009
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Wisma DPI-Invergold, Bandar Salak Selatan
Yuran : RM 790 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Sembilan
Puluh Sahaja)

c) Pakej Seminar Jana Wang Dengan Menulis dan Bengkel
Praktikal Penulis Bestseller
Yuran Pakej : RM 1,200 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua
Ratus Sahaja)

* Ini adalah harga pendaftaran secara online. Harga lebih
istimewa boleh didapati secara online.

Seminar dan bengkel dikendalikan oleh para pakar dalam
bidang penerbitan dan penulisan buku Malaysia. Mereka
adalah :

a) En. Fauzul Naim Ishak

En. Fauzul Na’im Ishak adalah seorang penerbit buku,
penulis dan pakar perunding pembangunan penulis. Beliau
adalah pengurus & pengarah eksekutif PTS Millennia Sdn Bhd,
penerbit buku umum bahasa Melayu paling agresif di Malaysia.
Menerbitkan banyak buku terlaris Malaysia karangan Dato' Dr.
Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, saudara
Ahmad Fadzli Yusof dan ramai lagi.

Beliau berpengalaman melatih lebih 1,000 orang pengarang
seluruh Malaysia. Beliau sering mengendalikan bengkel
penulisan dan pembangunan penulis untuk organisasi
kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam
dan swasta. Antara pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa &
Pustaka, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam dan
Kolej Universiti Sains Islam Malaysia.

Beliau adalah perunding dan mentor utama di B Pro
Management & Training (Akademi Penulis)

b) En. Ahmad Naim Jaafar

En. Ahmad Naim Jaafar adalah perunding dan jurulatih dalam
bidang kepimpinan. Seorang pengamal undang-undang. Beliau
adalah pengasas Pusat Pembangunan Kepimpinan yang
menganjurkan program latihan untuk organisasi bagi
mempromosi pendidikan kepimpinan di Malaysia. Aktif sebagai
penceramah dan perunding kepada program Bina Insan anjuran
kerajaan negeri Selangor. Seorang penulis yang prolifik.
Antara buku yang sudah ditulis dan terbit Membina Karisma,
Kuasa Karisma, Membina Remaja Berkarisma dan 55 Kerja
Berpasukan

Beliau adalah perunding di B Pro Management & Training
(Akademi Penulis)

c) En. Zamri Mohamad

En. Zamri Mohamad adalah jurulatih bengkel penulisan.
Sering dijemput mengendalikan bengkel penulisan di
badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian
tinggi dan swasta. Pengarang prolifik dengan buku-buku
dalam bidang pembangunan diri dan cinta. Antara buku yang
sudah ditulis dan terbit adalah Memahami Bahasa Cinta
Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Mengurus Konflik
Gaya Streetsmart dan Cari Duit Cara Mudah dengan Menjadi
Penulis Freelance

Beliau adalah perunding di B Pro Management & Training
(Akademi Penulis)

No comments: