Saturday, November 29, 2008

KURSUS ASAS BINA WEBSITE

Pada 29/Nov/08 saya menghadiri kursus (lebih kepada bengkel kerana setiap palajar disediakan sebuah komputer) membina web anjuran Sdr Ahmad Hafizul (www.webpintar.com) bertempat di No 24-1, Jalan AU 1A/4C, Taman Keramat Permai dari jam 830 pagi sehingga lebih kurang 1 tengahari. Jumlah pelajar kesemuanya 6 orang
Yuran: RM 90

Senarai pelajar:
i) Saya sendiri
ii) Shaharuddin 012-2716943
ii) Baharuddin 019-2673202
iii)Mohzain 019-5554755
iv) Rosdi 012-3790967
v) Seorang lagi tak sempat dikenali

Penganjur bertugas sebagai tenaga pengajar di sekolah berdekatan dan beliau menjalankan perkhidmatan membina website.

Kami belajar membina web statik (html) menggunakan software dreamweaver. Di antara modul-modul yang dipelajari:

Modul #1 - Pengenalan Kepada Website, Domain & Hosting

Modul #2 - Membina Template Utama (3 jenis web iaitu web keluarga, web perniagaan & minisite)

Modul #3 - Memasukkan Teks, Mengubah Saiz dan Warna Teks

Modul #4 - Membina Table dan Memasukkan Gambar

Modul #5 - Membina Hyperlink Menggunakan Teks, Gambar dan ....

Modul #6 - Mengupload Website Ke Hosting Menggunakan Software FTP (Modul # 6 tidak dijalankan secara praktikal kerana kami tidak belum mendaftar dengan sebarang syarikat domain & hosting)

Bonus Ekslusif #1:
Pakej Video Lengkap Panduan Minisite
(Bernilai RM30)



Ini adalah panduan eksklusif yang merangkumi video tutorial lengkap berkaitan pembinaan laman web minisite untuk tujuan pemasaran!

Dalam video tutorial ini, peserta akan diajar langkah demi langkah bagaimana untuk membina laman web minisite anda menggunakan perisian HTML Editor Popular dan Percuma dan menjadikan laman web umpama sebuah laman web yang professional!

Bonus Ekslusif #2:
Sistem Asas HTML
(Bernilai RM30)


Didalam proses membina laman web, secara sedar atau tidak sedar, peserta sebenarnya sedang ‘bekerjasama’ dengan satu bahasa pengaturcaraan yang dikenali sebagai HTML. Laman web ini wujud dengan adanya HTML.

Kini peserta tidak perlu risau lagi kerana segala persoalan tersebut akan dijawab dengan terhasilnya ebook “Panduan Asas HTML”...

Tuesday, November 25, 2008

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Saya mengikuti Seminar Perubatan Islam pada 22-Nov-08 bertempat di Masjid Saidina Al-Khattab, Bukit Damansara. Penceramah utama ialah Ustaz Sharhan Bin Shafie At Tobibi. Beliau memperkenalkan buku beliau 'Perubatan Islam: Menangkis Kejahatan Makhluk Halus' yang digunakan sebagai buku teks untuk pengajaran beliau. Di antara subjek utama yang dipelajari ialah amalan-amalan sebagai benteng gangguan syaitan, amalan memagari rumah dari gangguan makhluk halus dan pencuri dan juga ayat Rihul Ahmar (mencegah penyakit stroke). Saya tak sempat menamatkan pengajian pada hari tersebut kerana ada kelas MBA. Sekian

Thursday, November 20, 2008

SEMINAR RAWATAN ISLAM

Saya berpeluang menghadiri Seminar Rawatan Islam anjuran IQ IHSAN pada 16/Nov/08 bertempat di Masjid Negeri Shah Alam. Yurannya amat berpatutan RM80 berbanding dengan makanan 3X, peluang menimba ilmu, serta sijil penyertaan. Seminar dipengerusi oleh Ustaz Pengerusi Darul Salam dan dirasmikan oleh YB MP Shah Alam. Seminar dimulakan dengan bicara ulama muda. Saya berpeluang mempelajari bagaimana untuk beramal dengan cara istiqamah (amalan matang) dari Ustaz Syeikh Hanafi. Ustaz Hanafi dari Madrasah Zubaidiyah pula memperkenalkan buku terbaru beliau mengenai amalan doa para wali Allah. Beliau juga sempat memberi ijazah untuk mengamalkan kandungan buku tersebut (pengalaman 'ijazah' saya yang pertama)




Seterusnya Dr Harun Din memberi ceramah mengenai asas rawatan Islam (pembetangan kertas kerja) dan juga memberi pengenalan mengenai Darul Syifa. Di antara isu yang menarik ialah ayat-ayat syifa, cara Rasul kita mengajar mengenai pendekatan rawatan Islam (lebih kurang 15 pendekatan) dan pengalaman Dr Harun Din sendiri. Sessi selepas solat Zohor ialah sessi soal jawab bersama Dr Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus (Pengasas Darul Salam). Sessunguhnya banyak ilmu yang saya timba pada hari tersebut. Exco Dato' Hassan Ali juga sempat memberi kata dua.

EFFECTIVE LOGISTICS MANAGEMENT

We organized an in-house training on above subject:
Subject:Effective Logistics Management
Date: 1st day on 15/Nov/08 (Sat) and 2nd day on 22/Nov/08
Provider: FMM Institute
# of students: 26 people (including 12 person from my LOG department).

Instructor: Dr Pathepen Elumalay
(He had worked in a Multinational Manufacturing company for 22 years before moving to Telecommunication, Oil & Gas and Leisure industry. His last appointment was as Procurement Manager for an internationally recognized Malaysian corporation engaged in both manufacturing and retailing activities)

Objectives:

At the end of the programme, participants will be able to:
-understand the fundamental principles in effective logistics management;
-develop skills in materials planning;
-identify purchasing, distribution, transportation, inventory and warehouse management strategies;
-resolve logistics problems and issues;
-improve and complete logistics operations skilfully; and
-acquire the competencies related to operational, financial and quantitative tools and techniques that are widely applicable in the logistics functions.

Thanks